SEMOGA ALLLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH AYAHANDA & BONDA YANG KURINDU SELALU......AL-FATIHAH

TIPS KERETA

*TIPS KERETA YANG ADA DI SINI DIPEROLEHI DARI RUJUKAN DI INTERNET DAN SUMBANGAN IKHLAS INDIVIDU YANG BERMINAT. SEBAHAGIANNYA TELAH DIUBAHSUAI SEMULA MENGIKUT KESESUAIAN...(kepada yang berminat memberi sumbangan sila hantar ke e-mail jarimental@yahoo.com.my untuk dipaparkan di sini)......JUTAAN TERIMA KASIH....

Cara mengekalkan kilauan kereta

*SEMUA MAKLUMAT YANG ADA DI SINI ADALAH HASIL DIPEROLEHI DARI RUJUKAN DI INTERNET DAN SUMBANGAN IKHLAS RAKAN YANG BERMINAT DAN ADA YANG TELAH DIUBAHSUAI SEMULA MENGIKUT KESESUAIAN...TERIMA KASIH (kepada yang berminat memberi sumbangan maklumat sila hantar ke e-mail jarimental@yahoo.com.my


Cara mengekalkan kilauan kereta

Elak guna sabun basuh
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati. Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.

Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Pilih bahan pengilat bermutu

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.

Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.

Hati-hati mencuci enjin

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home